Tuesday, December 8, 2009

Struktur KB Mall disahkan baik

MAKA TERJAWAB LAH SEMUA ANDAIAN AWAL YANG MENGATAKAN KB MALL TIDAK SELAMAT.


KOTA BHARU: Struktur pasaraya KB Mall di sini disahkan dalam keadaan baik ketika kejadian di mana dua mangsa terkorban dihempap sebuah kereta yang terjatuh daripada parkir di tingkat tiga bangunan itu.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pengesahan itu diperoleh pada mesyuarat untuk membincangkan kejadian terbabit, yang dihadiri pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis, Bomba dan pengurusan pasar raya berkenaan.

"Mesyuarat itu juga mengesahkan tiada sebarang kecacatan pada bangunan itu mahupun penambahan yang tidak diluluskan oleh MPKB-BRI," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas yang diadakan di pasaraya KB Mall itu di sini hari ini.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Mutakhir/20091207175936/Article/index_html


1 comment:

Related Posts with Thumbnails