Monday, August 16, 2010

Google Image Baru Tidak Menguntungkan Hidup Seorang Blogger

Salam/Hi,

Sebagai hidup seorang blogger yang join Google Adsense, mesti korang akan perasan yang perubahan Google Image memang tidak menguntungkan players Adsense seluruh dunia. Jika dibanding kan dengan appearance sebelum ni, jika user membuat carian dengan menggunakan Google Image, resultnya akan memaparkan dalam bentuk grid seperti biasa.

Tapi yang menjadi kelemahan nya apabila user click satu2 image, dan image akan memjadi besar secara center dan luar pada image, Google grey kan menyebabkan user tidak boleh click ke website tanpa click "Website for this image". Senang cerita, korang tengok Image bawah ni :


Di atas aku bagi contoh untuk carian image keyword "Parcel". Jika dibandingkan dengan sebelum ni, apabila user click pada image grid, Image tersebut akan berada di atas belah kiri manakala website image tersebut berada di bawah dan user boleh melihat website tanpa click apa2 pun. Jadi kita boleh lihat di sini jika website seorang blogger itu mempunya position adsense di header, maka ia boleh menjadi kelebihan sebab user akan nampak dan mungkin klik iklan adsense walaupun user tak buka site blogger tersebut. Tapi tu dulu lah, sekarang dah lainlah.

Sekarang potensi untuk kita dapat klik adsense daripada Google Image amat la sedikit oleh kerana seorang user perlu banyak klik sebelum dapat masuk ke sebuah blog seseorang blogger.

Mungkin dengan apperance Google Image yang baru ni, Google dapat mengurangkan invalid klik daripada carian image. Benda ni walaupun aku tak suka, tapi nak buat camner sebab aku pun kena jaga jugak advertiser sebab diorang bagi duit kat aku.haha

Tapi aku masih pelik, janggal dan sedikit kecewa sebab sebenarnya idea untuk thumbnail akan keluar bila kita cursor image ni adalah idea dari bing.com. Tapi yang membezakannya adalah bing keluar thumbnail description manakala Google keluar thumbnail yang besar sikit image nya.  So adakah Google tiada idea baru atau ni la idea yang terbaik?

Lagi satu yang aku puji idea Bing yang dicuri oleh Google ialah carian image yang tak perlu belek satu2. maksud aku tak perlu kita paergi satu2 page sebab satu page besar akan keluar tapi kena tunggu loading ajalah.

Itu saja dari aku, apa2 pun inilah cabaran hidup seorang blogger, kadang2 kita suka bila ada update baru, dan ada kalanya kita sedih bila ada update baru dalam dunia internet ni. Asam garam sebagai seorang blogger, hentam sajalah bhai.haha

SELAMAT BERBUKA

Regards

Maliq

Sunday, August 15, 2010

Sambil Layan SEO Hidup Seorang Blogger, Sambil Kita Buat Pahala Derma Anak Yatim

Salam/Hi,

Di dalam bulan yang mulia ni, di sini aku nak jemput korang untuk buang pahala lah sikit. Asyik2 post tentang SEO Hidup Seorang Blogger, boring jugakkan. Jadi aku pun terfikir untuk post sumbangan anak yatim di Rumah Kasih Harmoni. Korang boleh rujuk attachment email kat bawah ni


SUMBANGAN KHUSIAH UNTUK ANAK-ANAK YATIM

Kat sini korang boleh derma terus ke akaun Rumah Kasih Harmoni ke No akaun


MAYBANK : 5121- 8313- 4032
CIMB BANK:            1435-0004917-05-8

PENTING:
Sila nyatakan niat khusiah ini kepada;

Email: info@ykppm.org.my ATAU

Handphone: 0192669493  - Ustaz Zahari

Dan berikan keterangan lengkap sumbangan dato’/datin/tuan/puan. 
Hal ini adalah TERSANGAT penting kerana pihak kami tidak mahu sumbangan ini bercampur dengan sumbangan-sumbangan bagi niat yang lain selain untuk Anak Yatim.

Dan kalo korang nak tengok melalui Facebook, boleh la ke sini : Facebook Rumah Kasih Harmoni

Korang juga boleh bagi sumbangan dengan Paypal. korang boleh tengok di Website Rumah Kasih Harmoni

Regard

Maliq

Saturday, August 14, 2010

Perbezaan Search Engine Result Page di Google, Yahoo dan Bing Untuk Keyword Hidup Seorang Blogger


Salam/Hi,

Okay lah untuk entry merapu kali ni, aku nak kongsi sikit permerhatiaan aku dalam contest hidup seorang blogger yang baru jer tak sampai seminggu lagi.

Korang sumer dah tahu, antara 3 nama besar search engine, yang terbaik mestilah Google.com. Dan pesaing rapat company ni ialah yahoo dan bing. Tapi berbeza sikit di negara China sebab Search Engine sana dimonopoli oleh baidu.com. Tengok PR pun 9 Woii!!nampak sangat yang baidu ni Google susah nak tembus untuk pasaran China.

Sebenarnya ada berpuluh-puluh Search Engine lagi kat luar sana, tapi aku list kan 3 teratas yang dah conquer dunia Internet ni. Lebih2 lagi Google yang founder2 nya yahudi.hoho.

Hari ni aku curi masa sikit lah untuk nak share something you might not be interested untuk sesetengah yang dah expert dan benda ni agak menarik untuk newbie macam aku untuk tahu. Megikut faktanya, 3 nama besar SE ni mempunyai engineers yang berbeze, jadi pemikiran yang berbeza ni akan menghasilkan 3 algorithm yang berbeza seterusnya menghasilkan SERP yang berbeza.

So apa kata kita tengok apa perbezaan SERP untuk keyword Hidup Seorang Blogger ni, okay kawan2, sila tengok bawah :


Kalo korang perasan untuk Google, result nya begitu cepat berubah bila terdapat site baru yang membincangkan kisah hidup seorang blogger. Korang jugak tengok yang site bro denaihati berada di atas dengan stabil nya sebab mempunya rangkaian backlink yang banyak. So apa yang kita boleh simpul kan, adakah Google suka kan sesuatu yang selalu Update dan Backlink? korang pun boleh jawab rasanya..hehe
tapi kalo korang nak tepat lagi, korang p la tanya engineer Google Matt Cutts tu sendiri.




Untuk yang kedua ni, korang p la cari keyword Hidup Seorang Blogger ni kat Yahoo pulak, apa yang korang dapat? Mungkin result korang akan berbeza dengan aku sebab ni aku SS semalam. So mungkin result hari ni lain. Korang akan nampak site aku kat atas pastu site daripada digg dan seangkatan dengan nya pun banyak jugak kan. Pada aku SERP untuk yahoo memang kurang bagus sebab walaupun kat dunia maya ni banyak orang duk cakap pasal Hidup Seorang Blogger, tapi yahoo masih menyenaraikan site social bookmarking untuk berada di first page. Agak2 korang masuk tak site yang terlekat kat social Bookmarking tuh?kalo aku memang tak masuk lah beb, buang masa tunggu loading jer. Pastu belum tentu site tuh betul atau releven. Jadi di sini aku boleh simpulkan yang yahoo suka pada site yang mempunyai keyword density tinggi sebab aku tahu lah blog aku banyak keyword hidup seorang blogger, sebab tuh duk atas kat yahoo tuh.haha. Lagi satu aku tak suka yahoo sebab crawler dorang lambat update result. So sapa yang optimize capat2, kompem senang duk atas. Okay itu saja bebelan aku untuk yahoo, kita tengok pulak bing.




Untuk bing pulak, SERP dorang pun lebih kurang macam yahoo jugak lah sebab korang tengok lah sendiri, SERP yang banyak dimonopoli oleh social bookmarking macam digg dan propeller. So agak2, korang suka tak serch engine camni? bagi aku tentu sekali tidak sebab orang nak cari site yang memperkatakan tentang hidup seorang blogger, bukan nya nak masuk site social bookmarking. Ulasan untuk bing boleh aku simpulkan 2 kali 5 dengan yahoo.

So kesimpulan nya aku memang suka Google sebab engineernya lebih bijak menyusun result page dan pastinya maklumat yang aku nak pun dapat. Dengan kata lain untuk nak duk depan, jumlah backlink memang memain peranan penting. Tapi sebenarnya banyak lagi faktor penarik search engine ni. Kalo korang rajin, orang p la tanta pakcik Google tuh sendiri.haha

Itu saja merapu aku petang ni untuk blog kesayangan aku ni yang sekarang dah tukar 100% niche daripada KB Mall Runtuh ke niche Hidup Seorang Blogger.haha

Pendapat atas cuma permerhatian aku,teori aku dan campur pembacaan aku di dunia internet ni. Kalo korang nak tepat lagi, korang kena tanya lah sendiri engineer2 Search Engine ni bro.haha

Roger dulu ek, Selamat Berbuka Puasa :-)

Regards

Maliq


Friday, August 13, 2010

Google Dah Tahu Ada SEO Contest Hidup Seorang Blogger?

Salam/Hi,

Banyak benda yang terjadi dalam Search Engine Google hari ni yang aku nak kongsi sikit ni. Kalau korang perasan kan, perubahan besar telah berlaku dalam kedudukan buat masa post ni ditulis oleh aku sekarang ni.

Pertamanya site bro denaihati telah jatuh ke Page 3 sejak petang tadi kalo tak silap aku pukul 6 petang lebih. Dan pada pukul 8 lebih pula, site aku telah jatuh ke ranking 3, tapi aku tanya member aku di Australia, site aku masih No 1. Mungkin Datacenter Google pelbagai menyebabkan keputusan SERP yang pelbagai.

Korang boleh tengok Screenshot kat bawah ni




Macam post aku sebelum ni, teori2 pakar SEO mengatakan benda ni biasa dan bila sampai satu tahap ni, site bro denaihati akan canak ke depan dengan stabil nya. Ini mungkin kerana Google tengah update backlink pada masa yang sama telah update Algorithm diorang.

Yang kedua aku nak kongsi, Google dah mula perasan Keyword Hidup Seorang Blogger telah banyak diperkatakan dalam alam maya ni. Maksud aku Google dah anggap benda ni sebagai news semacam gitu. Kalo korang perasan, kadang2 Google akan meletakkan table twitter di SERP menunjukkan keyword Hidup Seorang Blogger ni banyak di perbahaskan dalam micro blog twitter.

Nasib baik aku sempat screenshot tadi



Memang semakin panas Contest ni, dan yang paling aku cuak, bila otai2 SEO dah optimize blog dorang, kompem blog aku akan terjatuh nanti. Buat masa sekarang ni, aku cuba memikir kan satu jaringan Backlink yang stabil, maksud aku GoogleBot or Web Spider ni suka sangat pada blog aku. Nak cakap senang, nak buat malas.hahaha.

Banyak jugak cabaran dalam Contest Hidup Seorang Blogger ni, yerlah, bila bro otai segala sifu SEO Rezamohyin join secara underground.huhu. Kalau aku malas nak buat SEO, memang service bro ni menjadi keutamaan aku untuk di sambar.haha

Itu saja untuk kali ni, harap2 korang belajar sesuatu dalam Contest Hidup Seorang Blogger ni, bab kata bro denai hati, hidup untuk memberi :-)

Regards

Maliq

Pesanan Terakhir Sebelum Hidup Seorang Blogger Nak Tidur

Salam/Hi,

Entry ni aku tertaip sebelum aku tido dan akan bangun sebelum jumaat nanti. Kan aku dah cakap awal-awal dulu, sebagai pemegang prinsip hidup seorang blogger, nilah jadinya, walaupun aku tinggal di Malaysia, hakikatnya aku pakai waktu di Amerika. hahaha. Betul lah kan, orang pagi2 bangun buat keje, aku pulak pagi2 baru tido mata ngantuk layan SEO.hehe

Hari ni jiwa aku masih bersemangat lagi untuk buat SEO untuk cabaran Hidup Seorang Blogger ni, tak tahu lah lepas ni masuk minggu depan ker, lusa ker, aku dah tak semangat nak melayan SEO ni.haha. Semalam kalo korang perasan site aku jatuh di Page kedua ranking 19 dan ada seketika pegi ke ranking 20. Itu aku anggap normal sebab blog aku ni belum stabil. Hopefully aku optimize awal ni, nanti dekat dengan sebulan, site aku dah stabil SERP nya.

Tentang kejadian semalam iaitu site aku diterajang ke page 2, aku anggap normal sebab benda ni perkara biasa kalo korang push tiba2 backlink. Kiranya Google agak terkejut bila index backlink yang korang buat dan Google perlu ambik masa untuk rank semula blog korang dengan backlink yang baru. Tu lah terjadi bila site baru, confirm benda ni berlaku. Tapi korang jangan pulak kena SandBox Google pulak. Yang parah lagi, jangan pulak kena Penalized beb! aku dah rasa, memang pedih hulu hati bila kena.haha. Cabaran hidup seorang blogger, so kena buat dek jer la bhai. Tapi aku harap sangat untuk keyword Hidup Seorang Blogger ni, Google tak kisah sangat lah even ada banyak site yang di push backlink secara mendadak.

Hidup Seorang Blogger


Aku jugak dah mula perasan dan hidu teknik ada beberapa orang peserta lain.hehe. Teknik yang sama yang aku pakai, kalo sapa yang perasan, teknik ni memang sesuai untuk naik kan ranking anda lebih daripada site bro denaihati walaupun site korang backlink sikit daripada site bro denaihati.hehe

Orang kata, ini lah syok nya SEO Contest ni sebab kalo korang rajin dan jenis teliti, pastinya korang akan spy pesaing2 korang. Ini benda wajib untuk follow backlink competitors korang. Tapi jangan pulak korang spy site aku pulak weh, kompem korang nyesal sebab tak banyak backlink pun sebenarnya.haha

Aku pun kadang2 boring gak layan SEO 2 3 hari ni, pastu mulalah aku merayau rayau satu dunia dengan facebook lah, myspace lah dan sebagainya. Friendster korang guna lagi tak sekarang? kompem dah tak guna!hehe. Tapi kalo aku masuk facebook ni, best lah jugak sebagai pemegang prinsip hidup seorang blogger bila ada sorang mamat India yang selalu like benda2 pasal SEO,Blogging dan benda yang sama waktu dengan nya. Jadi aku tak perlu lah merayau jauh sebab biasanya mamat tuh akan like benda baru dan automatic akan aku nampak kat home aku.

Pengajaran dari kisah ni, pakai lah facebook sebaiknya, jangan pulak asyik duk usyar2 awek jer bro.hahaha.
Sebenarnya aku takder benda, modal nak tulis ni, sambil-sambil aku nak tunggu mata terlelap, aku tulis lah kejap sebagai memenuhi syarat sebagai HIDUP SEORANG BLOGGER.

BYE BYE, AKU NAK TIDO DULU BRO

Hidup Seorang Blogger


Regard,

Maliq

Thursday, August 12, 2010

Hidup Seorang Blogger

Salam/Hi,

Selamat tengah hari semua untuk seluruh rakyat Malaysia termaksud lah geng2 blogger SEO tegar. Memang contest Hidup Seorang Blogger hari ni dah makin mencabar bila aku dah di REJECT ke page kedua bila rakan blogger yang lain dan mula optimize blog2 diorang. Ini lah cabaran dan keseronokan melayan SEO ni beb. hahaha. Maka dengan senang lenang hatinya, aku cuba merapu pada masa yang sama aku harap akan beri info kat korang.



Kisah merapu aku hari ni, aku nak cerita lah sikit semalam aku kejap jer dapat bertahan duk nombor 1. Okay lah tuh dapat nikmat Rank 1 sekejap sebelum dirampas balik blog bro denai hati yang sesungguhnya mempunyai backlink Hidup Seorang Blogger yang banyak sekali dari seluruh pelusuk Internet.

Nak dijadikan cerita, semalam aku hanya optimize dari segi On Page jer. Adalah Off page sikit2, tu pun susah beb sebab tak jumpa blog sama niche untuk tinggalkan backlink. Tu yang aku cakap, contest kali ni memang mencabar sebab dalam Bahasa Melayu dan Target Google.com, so backlink perlu banyak lah daripada blog bahasa Inggeris. Sebagai hidup seorang blogger, so benda ni akan jadi asam garam dalam dunia blogger ni, sapa yang tak tahan cabaran atau dengan kata lain, hati tak kering, memang tak leh lah jadi Blogger Kental Kaki SEO sepanjang hayat.haha

Berbalik pada persaingan contest, aku agak cuak jugak bila Bersaing dengan member lain yang blog nya PR3 dan tak lupa jugak PR4. Aku pulak ciput jer PR beb, setakat blog aku PR 2 apalah sangat, sedih memanjang aku pikir kan.haha. No hal lah, hati kena kental sebagai memikul cabaran Hidup Seorang Blogger yang kaki SEO tegar.haha



Apa yang risau kali ni, aku takut sandbox dari pak cik Google je la, mana tak nya, kot2 Googler Monitor keyword Hidup Seorang Blogger kan naya. Ye la kan, dah tiba2 backlink dari keyword ni naik mendadak ibarat macam gorang pisang panas. Aku risau sebab sebelum ni aku ada join SEO contest jugak, tapi tak sempat nak habis sebab Google tak suka blog aku, habis kena penalized, rugi2 jer aku beli domain and Hosting bro2 sumer.hahaha

Sekali kena penalized, memang sedih, kecewa mari tiba2, ini lah kemanisan, kemasanan hidup sebagai blogger. Sapa yang tak kental dalam bidang SEO ni, memang tak leh akan merasa sedih parah dan pilu bila kena penalized. HIDUP SEORANG BLOGGER KENA KENTAL!hahaha.

Pasal cabaran kali ni, aku agak risau sebab masa yang diberi hanya sebulan, jadi aku pun risau jugak lah untuk pakai teknik apa ke benda lah untuk nak kejar ranking teratas ni. Bunyi macam confident, tapi aku masih newbie, mencuba mencuba mencuba sampai ke akhir hayat hidup seorang blogger.

Hari hari aku pakai Google, dan hari hari hidup aku sebagai blogger memikirkan apa yang sebenarnya untuk Goole rank sesuatu website or blog. Dan daripada itu, aku pun akan terus mencuba dan memikir kan teori sendiri. Entah betul, entah tidak. Tapi kalo korang fikirpun, Google tuh terdiri dari pada manusia jugak yang buat, so cilok setakat mana pun, Googlebot Diorang akan "fikir" nak rank site berdasar kan otak otak engineer diorang jugak kan?jadi tak mustahil apa yang kita fikir kan sama sekali sama dengan engineer Google fikir kan. Moral of the Story, korang buatlah teori sendiri, lepas tuh cuba lah sendiri, kalau berjaya pakai teori sendiri, kongsi kongsi la nye, dan kalo kena penalized, korang wak dek jer lah.hahaha. Kata blogger tegar beb, so kena lah pegang prinsip Hidup Seorang Blogger.

Okay lah rakan rakan blogger sekalian, aku dah penat menaip ni, sorang kalo korang baca entry pasal hidup seorang blogger ni, aku ucapkan terima kasih banyak2 nye. Sapa yang tak baca, takper, aku tak marah, kalo aku pun taka baca  sebab panjang sangat. haha. roger dulu...


Regards

Maliq

Wednesday, August 11, 2010

HIDUP SEORANG BLOGGER SEBULAN BUKA PUASA

Salam/Hi,

Jam menunjukkan 10 minit lagi waktu berbuka puasa di tempat aku, sebagai seorang hidup blogger, jadi aku mengambil kesempatan untuk menge - post satu entry ringkas sahaja lah.

Aku di sini mengucapkan selamat berbuka pada semua umat Islam seluruh dunia terutama sekali geng geng kaki SEO Hidup seorang blogger tegar bila ada masa sikit pun nak update blog untuk mesrakan dengan Google. haha

Inilah lah cabaran hidup seorang blogger ni, asyik2 fikir pasal blog jer, benda lain memang dah tak terurus, memang lain dari yang lain. Bagi mereka yang baru dengan Internet, mesti dorang suka lepak buang masa kat Facebook atau benda seangkatan nya dan sama waktu dengan nya. Sebagai hidup seorang blogger, benda ni ibarat dilihat sebelah mata sahaja, maksud aku blogger yang pro biasa nya tak akan menghabiskan masa untuk melayan facebook dengan lama, hanya sekadar menambah kenalan dan network sahaja lah. Masa dorang biasanya banyak dihabiskan untuk merayau satu dunia dengan panggilan blogger tegar sempoi habis. Dorang akan merayau satu dunia untuk mencari info terkini pasal hidup seorang blogger.

Okay lah member2 sumer, oleh kerana waktu di jam aku menunjukkan lebih kurang 3 minit lagi untk berbuka puasa, disini aku mengucapkan :

SELAMAT BERBUKA PUASA

Sekian,

Maliq

Hidup Seorang Blogger

SEO CONTEST HIDUP SEORANG BLOGGER

Salam,

Apa kabar semua blogger2 Malaysia, harap2 kamu semua sihat nya. Okay kali ni saya telah terjerumus secara tidak sengaja ke dalam SEO Contest Anjuran bro Denaihati. Pertandingan ini agak lumayan hadiahnya sebab kalo menang, kamu semua akan dapat habis ciput pun 100 hinggit. Okay lah kan sebagai blogger kan?
Syarat nya, sebagai blogger melayan SEO, korang kena target keyword "Hidup Seorang Blogger" untuk berada di page depan sekaliii kat Google.com dan pakai Firefox. Nak detail, korang tengok lah kat bawah ni, korang pikir lah lumayan ke tak beb.

Hadiah dulu lah

  1. ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM300 setiap seorang
  2. ranking 6 – 10 akan memenangi hadiah bernilai RM150 setiap seorang
  3. 5 entri paling popular mengikut pilihan blogger akan menerima hadiah bernilai RM100 setiap seorang
Pastu baru Syarat

1. Terbuka kepada Blog 1Dunia yang mempunyai blog samada berbahasa Melayu atau English yang mempunyai PR 2 dan keatas.
2. Buat 2 entri wajib di blog ANDA dengan kata laluan “HIDUP SEORANG BLOGGER”. Kandungan entri adalah bebas dan kreatif serta jangan lupa backlink kepada Denaihati. Dua entri wajib mesti diterbitkan hanya pada 22/8 dan 29/8 sebelum jam 11.59pm.
4. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest ”HIDUP SEORANG BLOGGER“.
5. Contest hanya untuk blog sahaja, website forum dan website umum tidak diterima, seandainya bukan blog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 blog teratas dikira sebagai pemenang.
6. Hanya blog yang berdaftar sahaja layak untuk ikut serta contest. Pendaftaran dibuka hingga 11.59pm, 21/8/2010.
7. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.
Tarikh tamat : 6/9/2010
Keputusan : Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest.
Sponsor : eQurban.com

Agak-agak korang, best tak layan SEO?hurrrmmm..rugilah siapa yang kata tak best..mana tak nya, dengan SEO korang boleh join contest, Buat Marketing Free Dalam Internet dan banyak lagi. Berbaloi bukan?


Camni lah, aku ni nak buat karangan bukan pandai bhai, so aku merapu la kat korang satu2 entry sampai hati contest ni sebulan ni. Sebagai hidup seorang blogger ni, banyak cabaran nye, korang tahu tak? pertama, mata korang asyik asyik duk depan laptop je. yelah, dah nama pun blogger, asal dari perkataan BLOG, jadi, korang kalau jadi blogger, kena terima lah cara hidup camni. Yerla kan, hidup seorang blogger, sempoi habis lah bro. Kekeke

Okay, aku pun nak gak cerita pasal internet ni, dalam sehari hari hidup sebagai blogger ni, mesti lah korang nak jugak pakai platform blog yang pelbagai kan, kata sebagai blogger, mesti lah nak beb.haha. Okay, pertama macam biasa lah, korang for sure lah kalo newbie pakai Blogspot jer. tu pun habis cikai dah tuh. Blogspot ni lah yang buatkan aku kenal hidup seorang blogger. Mana tak nya, dah domain pun nama Blooger.com, tak kenal blogger lagi tak tahu lah tu, Tak leh lah beb nak jadi blogger tegar sepanjang hayat. Kata hidup seorang blogger :D

Bila dah nama hidup seorang blogger ni, mesti lah korang ada masa dan ketika dalam hidup korang tuh, rasa BORING! dan untuk menghilangkan rasa boring korang tuh termasuk lah aku, mesti lah korang akan layan social networking seperti Myspace, Facebook dan sebagainya. Alah, korang kompem tahu bab2 camni. Orang cakap kalo tak tahu, memang duk dalam tempurung kelapa tu a lah tuh.hahaha

Dah habis separuh masa pertama aku merapu, korang nak baca, bacalah, tak nak baca, takper, GoogleBot sudi dan setia baca entry aku. wakakaka. Okay brother2 sekalian, entry2 aku untuk SEO contest ni agak santai, aku tak nak buat post semacam Berita Terkini Wokey? Jadi, satu lagi kelebihan seorang blogger yang memegang prinsip Hidup Sebagai Blogger ni, dorang ada kebebasan nak tulis apa2 yang dorang suka, dan dorang jugak bagi kebebasan untuk visitor nak baca ke tak post diorang. Tapi ingat kawan2 blogger sekalian, sempena bulan Ramadan yang penuh berkat ni, aku harap korang buat lah blog yang ada faedahnya, nak merapu suka2 boleh, tapi jangan sakit kan hati orang nye. So, moral of the story of Hidup Seorang Blogger ni, pandai2 lah korang bawak penulisan korang dalam arena Internet Tanpa sempadan ni.

Nampak gaya nya ni lah post merapu aku yang pertama untuk Contest HIDUP SEORANG BLOGGER ni, tu pun kalau korang rasa merapu, kalau tak, korang like je lah dalam hati. hahaha

Regards

Maliq

Tuesday, July 13, 2010

Tudung Syria Online Dan Anak Tudung Bersama Shawl Yang Murah

Salam,

Tudung Online

Semakin hari, sudah menjadi trend bagi rakyat Malaysia untuk berbelanja di internet. Maka untuk wanita-wanita di Malaysia ni, mereka tidak ketinggalan untuk shopping online di beberapa blog shop seperti di MN Boutique. Di MN Boutique, mereka yang digelarkan sebagai Tudung Online Terkini telah menjadi pilihan rakyat Malaysia.



MN Boutique menjanjikan pilihan trend terkini untuk remaja dan tak lupa juga bagi mereka yang "agak" berusia. Dengan menawar kan Tudung Syria Printed bersama dengan anak tudung Syria, MN Boutique juga memberi pilihan kepada pelanggan untuk mengayakan bersama Anak Tudung Syria atau Syria Inner.

Bagi mereka yang mementingkan trend ringkas, mereka boleh memilih Shawl Murah atau Selendang yang mempunya pelbagi corak. MN Boutique kerap kali mengadakan promosi dengan harga bawah dari pada RM10 ringgit!

Lebih menguntung kan jika anda membeli borong kerana kos shipping dapat dikurang kan. Anda juga boleh COD di area2 shah alam atau seremban. Selain itu anda juga boleh melihat pilihan tudung syria lycra dan hajaba di MN Boutique. Tudung ini sesuai bagi mereka yang selalu pening memikir kan gaya terbaik untuk diikat.



Jika anda tertarik dengan pilihan ini, anda boleh lah menyertai fan page MN Boutique di Facebook dan nantikan update terbaru dari mereka. Dengan mengamal kan polisi, "kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami" anda akan dilayan mesra pada setiap masa :-)


Tudung Online

Saturday, March 13, 2010

Edar Dadah: Pelakon Lelaki Popular Ditahan Reman

Pelakon Lelaki  Ditahan Edar Dadah

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan reman seorang pelakon lelaki yang pernah meraih anugerah pelakon drama terbaik kerana disyaki mengedar dadah jenis syabu dan kokain ketika serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominium mewah di Segambut di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, lelaki berusia awal 30-an itu, yang merupakan anak seorang pelakon wanita veteran, ditahan bersama teman wanitanya berumur 24 tahun kira-kira pukul 2.30 petang.

"Susulan dengan tangkapan itu, polis menyerbu rumah lelaki itu di kawasan Kepong dan menemui 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan kira-kira RM650,000," katanya kepada mStar Online di sini, hari ini.

Chez Chiang berkata, hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek didapati mereka positif syabu.

"Kami percaya dengan nilai rampasan yang begitu banyak, mereka turut mengedar dadah itu. Bagaimanapun pihak kami akan siasat di mana mereka dapat dadah itu dan di mana mereka jual," katanya.

Katanya, pelakon dan teman wanitanya itu direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.

Sapa pelakon ini?

tengok list2 di bawah

BEST ACTOR ANUGERAH SKRIN

1993 :: Sidi Oraza (Anak Angkat)
1994 :: Jalil Hamid (Ratu Jamu)
1995 :: Benjy (Kembali)
1996/97 :: Nasir Bilal Khan (Selamat Hari Jadi Su III)
1997/98 :: Nasir Bilal Khan (Semarai)
1999 :: Zahim Al Bakri (Odisi)
2000/2001 :: Harun Salim Bachik (Hangatnya Salju Dinginnya Bara)
2002/2003 :: Benjy (Hanya Untukmu)
2004/2005 :: Nasir Bilal Khan (Cinta Si Penggali Kubur)
2006 :: Jalil Hamid (Nur Di Pintu Syurga)
2007 :: Shafie Naswip (Ilham Suci)
2008 :: Zamarul Hisham (Ihsan)

Adakah Benjy???

Pelakon Lelaki  Ditahan Edar Dadah
Related Posts with Thumbnails