Thursday, August 12, 2010

Hidup Seorang Blogger

Salam/Hi,

Selamat tengah hari semua untuk seluruh rakyat Malaysia termaksud lah geng2 blogger SEO tegar. Memang contest Hidup Seorang Blogger hari ni dah makin mencabar bila aku dah di REJECT ke page kedua bila rakan blogger yang lain dan mula optimize blog2 diorang. Ini lah cabaran dan keseronokan melayan SEO ni beb. hahaha. Maka dengan senang lenang hatinya, aku cuba merapu pada masa yang sama aku harap akan beri info kat korang.



Kisah merapu aku hari ni, aku nak cerita lah sikit semalam aku kejap jer dapat bertahan duk nombor 1. Okay lah tuh dapat nikmat Rank 1 sekejap sebelum dirampas balik blog bro denai hati yang sesungguhnya mempunyai backlink Hidup Seorang Blogger yang banyak sekali dari seluruh pelusuk Internet.

Nak dijadikan cerita, semalam aku hanya optimize dari segi On Page jer. Adalah Off page sikit2, tu pun susah beb sebab tak jumpa blog sama niche untuk tinggalkan backlink. Tu yang aku cakap, contest kali ni memang mencabar sebab dalam Bahasa Melayu dan Target Google.com, so backlink perlu banyak lah daripada blog bahasa Inggeris. Sebagai hidup seorang blogger, so benda ni akan jadi asam garam dalam dunia blogger ni, sapa yang tak tahan cabaran atau dengan kata lain, hati tak kering, memang tak leh lah jadi Blogger Kental Kaki SEO sepanjang hayat.haha

Berbalik pada persaingan contest, aku agak cuak jugak bila Bersaing dengan member lain yang blog nya PR3 dan tak lupa jugak PR4. Aku pulak ciput jer PR beb, setakat blog aku PR 2 apalah sangat, sedih memanjang aku pikir kan.haha. No hal lah, hati kena kental sebagai memikul cabaran Hidup Seorang Blogger yang kaki SEO tegar.haha



Apa yang risau kali ni, aku takut sandbox dari pak cik Google je la, mana tak nya, kot2 Googler Monitor keyword Hidup Seorang Blogger kan naya. Ye la kan, dah tiba2 backlink dari keyword ni naik mendadak ibarat macam gorang pisang panas. Aku risau sebab sebelum ni aku ada join SEO contest jugak, tapi tak sempat nak habis sebab Google tak suka blog aku, habis kena penalized, rugi2 jer aku beli domain and Hosting bro2 sumer.hahaha

Sekali kena penalized, memang sedih, kecewa mari tiba2, ini lah kemanisan, kemasanan hidup sebagai blogger. Sapa yang tak kental dalam bidang SEO ni, memang tak leh akan merasa sedih parah dan pilu bila kena penalized. HIDUP SEORANG BLOGGER KENA KENTAL!hahaha.

Pasal cabaran kali ni, aku agak risau sebab masa yang diberi hanya sebulan, jadi aku pun risau jugak lah untuk pakai teknik apa ke benda lah untuk nak kejar ranking teratas ni. Bunyi macam confident, tapi aku masih newbie, mencuba mencuba mencuba sampai ke akhir hayat hidup seorang blogger.

Hari hari aku pakai Google, dan hari hari hidup aku sebagai blogger memikirkan apa yang sebenarnya untuk Goole rank sesuatu website or blog. Dan daripada itu, aku pun akan terus mencuba dan memikir kan teori sendiri. Entah betul, entah tidak. Tapi kalo korang fikirpun, Google tuh terdiri dari pada manusia jugak yang buat, so cilok setakat mana pun, Googlebot Diorang akan "fikir" nak rank site berdasar kan otak otak engineer diorang jugak kan?jadi tak mustahil apa yang kita fikir kan sama sekali sama dengan engineer Google fikir kan. Moral of the Story, korang buatlah teori sendiri, lepas tuh cuba lah sendiri, kalau berjaya pakai teori sendiri, kongsi kongsi la nye, dan kalo kena penalized, korang wak dek jer lah.hahaha. Kata blogger tegar beb, so kena lah pegang prinsip Hidup Seorang Blogger.

Okay lah rakan rakan blogger sekalian, aku dah penat menaip ni, sorang kalo korang baca entry pasal hidup seorang blogger ni, aku ucapkan terima kasih banyak2 nye. Sapa yang tak baca, takper, aku tak marah, kalo aku pun taka baca  sebab panjang sangat. haha. roger dulu...


Regards

Maliq

5 comments:

  1. bro izinkan aku untuk mengikut jejak apa yg telah bro lakukan, aku ikut belajar je ek, hehehe janji tak potong nye

    ReplyDelete
  2. bro ikut jejak pastu bro tambah ilmu sihir SEO bro..kompem potong tuh..haha

    no hal bro..asalkan jangan tendang aku bawah ranking 5 sudah.haha

    ReplyDelete
  3. hati2 sudah kalau main seo ni..kang tak pasal2 kena sidekick dari google..naye tu..huhuh..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah tak kena penalized selagi kita tak buat SPAM dan tuan punya blog tak report Google :D

    ReplyDelete
  5. gejala hepatitis b - saya sudah mengikuti SEO tapi selalu sepi blog saya, dan terkadang SEO itu menjenuhkan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails