Salam/Hi,
Sebagai hidup seorang blogger yang join Google Adsense, mesti korang akan perasan yang perubahan Google Image memang tidak menguntungkan players Adsense seluruh dunia. Jika dibanding kan dengan appearance sebelum ni, jika user membuat carian dengan menggunakan Google Image, resultnya akan memaparkan dalam bentuk grid seperti biasa.
Tapi yang menjadi kelemahan nya apabila user click satu2 image, dan image akan memjadi besar secara center dan luar pada image, Google grey kan menyebabkan user tidak boleh click ke website tanpa click "Website for this image". Senang cerita, korang tengok Image bawah ni :
Di atas aku bagi contoh untuk carian image keyword "Parcel". Jika dibandingkan dengan sebelum ni, apabila user click pada image grid, Image tersebut akan berada di atas belah kiri manakala website image tersebut berada di bawah dan user boleh melihat website tanpa click apa2 pun. Jadi kita boleh lihat di sini jika website seorang blogger itu mempunya position adsense di header, maka ia boleh menjadi kelebihan sebab user akan nampak dan mungkin klik iklan adsense walaupun user tak buka site blogger tersebut. Tapi tu dulu lah, sekarang dah lainlah.
Sekarang potensi untuk kita dapat klik adsense daripada Google Image amat la sedikit oleh kerana seorang user perlu banyak klik sebelum dapat masuk ke sebuah blog seseorang blogger.
Mungkin dengan apperance Google Image yang baru ni, Google dapat mengurangkan invalid klik daripada carian image. Benda ni walaupun aku tak suka, tapi nak buat camner sebab aku pun kena jaga jugak advertiser sebab diorang bagi duit kat aku.haha
Tapi aku masih pelik, janggal dan sedikit kecewa sebab sebenarnya idea untuk thumbnail akan keluar bila kita cursor image ni adalah idea dari bing.com. Tapi yang membezakannya adalah bing keluar thumbnail description manakala Google keluar thumbnail yang besar sikit image nya. So adakah Google tiada idea baru atau ni la idea yang terbaik?
Lagi satu yang aku puji idea Bing yang dicuri oleh Google ialah carian image yang tak perlu belek satu2. maksud aku tak perlu kita paergi satu2 page sebab satu page besar akan keluar tapi kena tunggu loading ajalah.
Itu saja dari aku, apa2 pun inilah cabaran hidup seorang blogger, kadang2 kita suka bila ada update baru, dan ada kalanya kita sedih bila ada update baru dalam dunia internet ni. Asam garam sebagai seorang blogger, hentam sajalah bhai.haha
SELAMAT BERBUKA
Regards
Maliq
No comments:
Post a Comment