Entry ni aku tertaip sebelum aku tido dan akan bangun sebelum jumaat nanti. Kan aku dah cakap awal-awal dulu, sebagai pemegang prinsip hidup seorang blogger, nilah jadinya, walaupun aku tinggal di Malaysia, hakikatnya aku pakai waktu di Amerika. hahaha. Betul lah kan, orang pagi2 bangun buat keje, aku pulak pagi2 baru tido mata ngantuk layan SEO.hehe
Hari ni jiwa aku masih bersemangat lagi untuk buat SEO untuk cabaran Hidup Seorang Blogger ni, tak tahu lah lepas ni masuk minggu depan ker, lusa ker, aku dah tak semangat nak melayan SEO ni.haha. Semalam kalo korang perasan site aku jatuh di Page kedua ranking 19 dan ada seketika pegi ke ranking 20. Itu aku anggap normal sebab blog aku ni belum stabil. Hopefully aku optimize awal ni, nanti dekat dengan sebulan, site aku dah stabil SERP nya.
Tentang kejadian semalam iaitu site aku diterajang ke page 2, aku anggap normal sebab benda ni perkara biasa kalo korang push tiba2 backlink. Kiranya Google agak terkejut bila index backlink yang korang buat dan Google perlu ambik masa untuk rank semula blog korang dengan backlink yang baru. Tu lah terjadi bila site baru, confirm benda ni berlaku. Tapi korang jangan pulak kena SandBox Google pulak. Yang parah lagi, jangan pulak kena Penalized beb! aku dah rasa, memang pedih hulu hati bila kena.haha. Cabaran hidup seorang blogger, so kena buat dek jer la bhai. Tapi aku harap sangat untuk keyword Hidup Seorang Blogger ni, Google tak kisah sangat lah even ada banyak site yang di push backlink secara mendadak.
Aku jugak dah mula perasan dan hidu teknik ada beberapa orang peserta lain.hehe. Teknik yang sama yang aku pakai, kalo sapa yang perasan, teknik ni memang sesuai untuk naik kan ranking anda lebih daripada site bro denaihati walaupun site korang backlink sikit daripada site bro denaihati.hehe
Orang kata, ini lah syok nya SEO Contest ni sebab kalo korang rajin dan jenis teliti, pastinya korang akan spy pesaing2 korang. Ini benda wajib untuk follow backlink competitors korang. Tapi jangan pulak korang spy site aku pulak weh, kompem korang nyesal sebab tak banyak backlink pun sebenarnya.haha
Aku pun kadang2 boring gak layan SEO 2 3 hari ni, pastu mulalah aku merayau rayau satu dunia dengan facebook lah, myspace lah dan sebagainya. Friendster korang guna lagi tak sekarang? kompem dah tak guna!hehe. Tapi kalo aku masuk facebook ni, best lah jugak sebagai pemegang prinsip hidup seorang blogger bila ada sorang mamat India yang selalu like benda2 pasal SEO,Blogging dan benda yang sama waktu dengan nya. Jadi aku tak perlu lah merayau jauh sebab biasanya mamat tuh akan like benda baru dan automatic akan aku nampak kat home aku.
Pengajaran dari kisah ni, pakai lah facebook sebaiknya, jangan pulak asyik duk usyar2 awek jer bro.hahaha.
Sebenarnya aku takder benda, modal nak tulis ni, sambil-sambil aku nak tunggu mata terlelap, aku tulis lah kejap sebagai memenuhi syarat sebagai HIDUP SEORANG BLOGGER.
BYE BYE, AKU NAK TIDO DULU BRO
Regard,
Maliq
memang mantap la ilmu seo bro, nanti nak berguru lah, saya dah cuba push sy nyer blog, tapi huhuhuhuh kejap naik kejap turun
ReplyDeleteTakder lah mantap Bro mijie, saya buat yang terdaya jer. Bro mijie lagi mantap ni.hehe.Sambil bertanding, sambil belajo sebenarnya.
ReplyDelete