Sunday, August 22, 2010

Hidup Seorang Blogger - Ijazah Oversea Tapi Full Time Blogger?

Salam/Hi,

Setiap hari, kalau anda seorang blogger, mesti anda akan terfikir, boleh ke seorang blogger dapat menampung hidupnya secara sepenuh masa? Seperti juga aku, persoalan sebegini selalu bermain di dalam kepala otak aku, tapi sebenarnya dah ramai sebenarnya yang menjadi full time blogger secara nyata mahupun secara underground.

Kali ini aku nak berkongsi sedikit cerita seorang blogger yang mungkin antara korang kenal atau tidak. Tapi kisah blogger ini amat menjadi inspirasi bagi aku untuk terus menjadi seorang blogger yang terus berusaha untuk mencapai income yang stabil dan konsisten satu hari nanti.

Korang kenal Munawar?

Untuk mereka yang berkecimpung dalam dunia Adsense, pastinya korang akan biasa mendengar nama Munawar, tapi adakah anda pernah mengambil iktibar tentang perjalanan hidupnya?

Mari aku mulakan dulu kisah Munawar dari pandangan kaca mata aku. Pada awal tahun 2008 dahulu, aku mula dan berusaha untuk mencari duit saku untuk meneruskan hidup aku ini. Pada waktu itu, aku amat tertarik dengan bermacam-macam program termasuklah Forex,MLM,Clickbank dan sebagainya. Tapi semuanya hancur kerana tiada ebook yang hebat dan ikhlas sebagai panduan. Dipendekan cerita, aku terdengar kisah seorang sahabat yang berjaya membuat duit dengan Google Adsense, jadi dengan ghairahnya aku terus bertanya apakah produk ataupun ebook yang dijadikan panduan sehingga sahabat itu berjaya? Jawapanya ebook Jana Wang Adsense daripada Munawar!

Dengan poket yang kering dan perasaan putus asa yang sedikit lagi boleh mematahkan semangat aku untuk make money online, dengan perasaan rendah diri aku pun bertanya pada Munawar untuk meminta sedikit diskaun untuk produk tersebut, bukan apa, duit dah kering dan perasaan dah nak give up, harap-harap dengan adanya diskaun, boleh lah aku bersemangat kembali untuk buat duit secara online. Akhirnya alhamdulilah dengan hati yang ikhlas, Munawar telah memberi aku diskaun untuk produknya!

Daripada itu, aku follow satu-satu ilmu yang ada dalam ebook tersebut, dan alhamdulilah sekali lagi aku berjaya walaupun belum mencapai target, tapi bolehlah aku buat duit makan tiap-tiap bulan hasil duit Adsense. Disini bukan aku nak bagitahu kejayaan aku yang ciput ni, tapi aku nak tekankan konsep hidup untuk memberi yang selalu diperkatakan oleh bro Denaihati. Teruskan membaca untuk mengetahui maksud sebenar yang hendak aku sampaikan.

Saudara Munawar sebenarnya adalah seorang pemegang ijazah daripada Newcatle England, pada awal pembabitanya dalam dunia internet, beliau berhasrat untuk menjadi seorang “orang tengah” dengan membuat website untuk order buku, bila mendapat order, maka beliau membelinya dikedai dan membuat penghantaran sendiri kepada pelanggan. Hasrat ini terhasil ketika peluang pekerjaan amat tipis kerana krisis ekonomi George Soros. Akan tetapi hasratnya itu tinggal kenangan kerana pada masa itu kesedaran untuk membeli secara online di Malaysia amat sedikit. Tahun 1997 kot, sapa nak beli online masa tu? Perkataan blog pun orang dengar dah pening :-P

Selepas itu, Munawar telah mengangur selama 8 bulan lagi dan akhirnya mendapat kerja di company Melayu dengan gaji RM 1000 walhal beliau seorang pemegang ijazah dari Oversea. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak berpuas hati dan terus mencari kerja lain. Pada tahun 2000, beliau pula telah ditawarkan kerja bersama Multinational Company dari sweden (Telecomunication Company) sehinggalah Ogos 2006 apabila beliau berhenti dari menjadi Customer Support Manager seterusnya terus fokus untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa dengan menjana pendapatan dengan Google Adsense. Selepas itu beliau amat berpuas hati dengan hidup seorang blogger sepenuh masa disamping dengan keluarga tersayang.

Dan kini selepas memberi peluang ramai rakyat Malaysia bersama-sama manjana pendapatan secaran online melalui produknya, alhamdulilah dengan menjadi seorang blogger sepenuh masa, beliau mendapat kebebasan dengan masa yang flaksibel tanpa gangguan bos yang selalu memberi tekanan.
Korang nak tahu berapa pendapatanya? Boleh lihat video di bawah ini :


Tapi ingat, untuk mendapat hasil seperti di atas, beliau sudah melalui pahit getir seorang blogger. Yang pastinya bukan mudah untuk untuk mencapai sesuatu kejayaan. Korang boleh masuk di sini untuk cerita sepenuhnya.

Akhir sekali, disini aku mahu jelaskan, dengan usaha yang jitu, fokus yang betul, memberi dengan ikhlas, insyaAllah satu hari nanti kita pasti berjaya walaupun apa bidang sekalipun termasuklah menjadi seorang blogger sepenuh masa.

Regards

Maliq

5 comments:

  1. bro cerita bro ni memang sempoi tapi penuh dengan maksud, dan dalam dok perhatikan setiap ayat nampaknya bro sudah mula menyusun strategi, i will follow

    dari pagi tadi dok tunggu entri untuk hidup seorang blogger ni :)

    ReplyDelete
  2. @hidup seorang wordpress

    bro..follow2 jugak..tapi jangan tendang kawe bawah ranking 5 la..haha

    @Anastasia Ann

    hehe..biasa2 aja bro..hehe

    ReplyDelete
  3. gudluck bro..nice...semua ada rezeki masing2...

    ReplyDelete
  4. @black_mel

    yer bro..rezeki ada di mana-mana, cuma pandai cari lubang jer:-)

    p/s: Ranking dah makin kebawah, site bro mijie makin mencanak!Keadaan makin bahaya!:D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails