Sunday, August 29, 2010

HIDUP SEORANG BLOGGER : Kunci Jatuh Tengah Jalan, Ada Idea?

Salam/Hi,


Jam menujukkan pukul 5.06 pagi. Dari semalam aku tak tidur sebab banyak hal perlu disiapkan. Dan sekarang serius aku nak merapu sebab otak aku dah banyak pening. Aku hanya target entry pertama sahaja untuk dapat entry menarik sebab ia memang betul-betul bermakna dalam hidup seorang blogger macam aku. Tu pun kalau rezeki. Korang bacalah kat bawah ni masalah aku. Aku dah kering idea untuk tulis apa yang patut. So korang terima je la nya.


Macam ni, aku tinggal di dalam kolej kediaman UKM sebab aku student kat sini. Tadi pukul 10 malam aku pergi lah ke rumah sewa member2 aku sebab ada hal penting. Rumah member aku pula di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi ni. Jarak antara Rumah sewa member aku ke UKM agak2 dalam 5 km kot. Yang jadi masalahnya, aku pergi rumah member2 aku tu pakai MOTOR MEMBER AKU sebab motor aku belum di pos lagi dari kampung. Dan yang jadi masalah pulak, masa aku balik tadi, KUNCI MOTOR TERTANGGAL JATUH TENGAH JALAN! Dah la jam dah pukul 3 pagi!


Dah la kunci motor member aku ni tak lekat kat suis, member aku pun tak cakap awal2. Tapi nak buat macam mana, kita pinjam barang orang, jadi apa2 kenalah kita bertanggungjawab. Jadi sekarang ni aku dah pening kepala dah, camner aku nak cari kunci motor tuh, dah la otak tak tidur lagi dari semalam, tambah pulak kunci motor pulak jatuh, jawabnya kena tunggu kul 7 pagi lah. Tadi pun bila aku sampai di kolej, aku dah patah balik sebenarnya untuk cari balik kunci motornya, dah lah perumahan member aku tuh banyak BONGGOL, pastu masuk UKM pun banyak BONGGOL, mata aku pun dah nak TERBONJOL keluar ushar2 mencari kunci di tengah jalan pada pukul 3-4 pagi! Orang tengok aku pun macam orang gila bawak motor slow2 sambil tengok ke bawah jalan pagi2 buta ni. Nasib baik takder orang sangat atas jalan tadi.


You know BONGGOL?






Lagi yang menjadi masalah, oleh sebab kunci takder, aku pun buang wayar plug motor jela. Tapi kalo buang plug motor pun, electric daripada bateri motor tetap dipakai sebab lampu gear NORMAL kat handle motor menyala jer kejenya. So aku pun masuk je la gear satu supaya lampu hijau N tak menyala dan tak makan bateri motor. Harap2 trick ni menjadi lah agar bateri motor tak habis kalo tak aku kena ganti lah jawabnya. 


Nampaknya selepas aku mencari dan mencari kunci motornya, akan tetapi aku tidak berjaya dek kerana jalan yang GELAP GELITA dan keadaan jalan yang basah. Dalam kepala otak aku ni pikir, kalau pagi nanti pukul 8 akan aku pergi cari lagi, kalo tak jumpa, malas fikir banyak, aku ganti je la suis motor yang baru, sebab malas nak tambah masalah dalam otak. Tapi hari Ahad kedai motor bukak ker bro? dah la duit kering, assignment tak siap lagi, Isnin kena present project, report project pun tak siap lagi. Hurmmm...inilah cabaran hidup seorang blogger....


Apa-apa pun, kalo korang ada cadangan nak selesaikan masalah aku ni, boleh lah bagitahu nya. Ini lah hidup seorang blogger yang otak dah pening, mata dah kuyu, bantal dan katil pun dah ready tunggu aku meniarap jer ni..jap lagi aku tidur..pastu bangun dan terus p cari kunci yang hilang tuh..Orait bro, aku roger dulu dengan otak yang tersepit haru biru ni.haha


Regard


Maliq

4 comments:

  1. UKM kos apa bro?

    Better ko cari sampai jumpa. Harta benda orang tu. Jangan sampai membe hilang kepercayaan dan takut dah nak bagi pinjam benda.

    Kalau memang dah tak jumpa gak. Ko gtau membe ko elok-elok. Dan cari solusi terbaik.

    Peace!

    ReplyDelete
  2. sabar bro, hidup ini macam tu lah ada je dugaan di saat kita yang sudah tersepit

    ReplyDelete
  3. @Mohd Shahrul Hafizi

    Kos Mecahnical Engineering, Kejut. Bro?
    Memang aku cari sampai dapat lah bro, tu la nasib bila pinjam barang orang. Bukan suka meminjam, tapi terpaksa.huhu

    @mijie
    Ni memang dah tersepit dah bro.huhu
    Bro, update jer site cctv tuh, kompem nak rank tuh bro. Ni saya post dalam BM. Turun mendadak kat Google.com.Asam garam SEO bro.haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails